Thursday 7 November 2013

Jangan Lupa 3 perkara pada hari Jumaat

Reporting from nikakihijau.

Hi friends!

Just sharing this very good info that I believe will benefit everyone. 


3 perkara pada hari Jumaat:

Selawat kepada Rasulullah s.a.w

It's even better to do it everyday though at least for me!

Bacalah Surah Al-kahfi. 

( H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”

(HR Hakim 3349) : 
“Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”

(HR Ahmad) :
 Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”

(HR Ibnu Katsir):
Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda: “Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243):
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.

Waktu yang mustajab yang menunggu si "Pendoa". Jangan sia-siakan

In Shaa ALLAH mudah-mudahan mendapat manfaat-Nya apabila kita amalkan.

Ameen.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...