Sunday, 17 November 2013

Pembuatan Tasbih dari manik secara manual

Salam bloggers semua!

Hari ini saya dibuli untuk menyiapkan tasbih daripada manik-manik dan beberapa aksesoris yang telah dibeli dari Plaza GM, ChowKit.

Pelbagai warna manik telah dibeli. Antaranya hijau, kuning, merah, ungu dan sebagainya.

Mula-mula carikkan semua manik tersebut dan asingkan di dalam bekas mengikut warna manik tersebut.



Lepas itu gunakan tali tangsi dan masukkan manik tersebut mengikut warna yang anda sukai.

My 1st attempt. Kena marah dengan isteri saya sebab tidal mendengar arahan. Nak explain pun susah.


Akan tetapi percubaan berikutnya membuahkan hasil yang bagus. Sngat puas hati dengan kerja tangan sendiri.



Tasbih ini semua akan dijadikan sebagai door gift untuk perkahwinan adik lelaki isteri saya yang bakal diadakan pada awal tahun hadapan.

Best jugak pengalaman membuat tasbih tapi badan saya lenguh sebab cara duduk yang salah dan lama.

ENJOY!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...